13 November 2011

Jangan takut gelap

Atau name english nye, Don't be Afraid of the Dark. haha !

Semalam aku pegi jalan-jalan cari pasal. Nak release tensen, sebab ari jumaat adalah hari yang paling stress bagi aku, masalah assignment, dugaan2 yang datang, dan masalah manusia yang dipanggil kawan. Semuanya macam menekan aku. Dan bagi aku pressure melampau, dan air mata pun jatuh. Selalu aku kuat je hadapi, tapi hari tuh, aku jadi manusia paling lemah dalam dunia. Sampai sekarang. haha. Okeh, fullstop.

Semalam hampir kecewa sebab citer ni mula-mula nampak cam 8:30 malam. So pilih la tintin la, shark la, macam2 lagi. Tapi sampai dekat sket ngan kaunter, tengok 6:30 daa, terus beli. Aku beria-ria nak tengok. Aku kan peminat cerita seram. Tapi penakut gila. hahaha !

Time tengok tuh, sepanjang masa la tangan nak tutup mata, macam budak kecik. Dah ah seblah kiri kanan laki. Yang die memang gelak dah, sampai tolak tangan aku jangan bagi tutup mata. Aku yang beria ajak tengok citer tuh, aku yang takut gila-gila. Aku pandang mamat kat seblah kiri tuh plak, die pun tisu kat mata. wahaha ! Hoi, ko pun penakut gak ke? Serius wa cakap saspen gila weyy. Jantung bleh terbenti banyak kali. Aku dah rase nak bangun terus kuar. Okeh, over di situ.

Citer ni pasal, ade creatures kecik yang kejam gila makan gigi kanak-kanak. Benda ni setiap kali nak membangun, die perlukan korban, korban die kanak-kanak. Dia hidup kat basement rumah. Citer ni mula dari tuan rumah seblum tuh. Bila Alex ngan Kim pindah situ, diorang tak sedar wujudnya basement tuh, sebab pintu masuk dah ditutup dengan dinding oleh orang yang tau sejarah rumah tuh dan kewujudan creatures tuh. Sampai anak die si Sally tuh jumpa, dan diorang pecahkan dinding, masuk basement dan Sally buka penutup tempat creatures tuh terperangkap. So semua cerita kejam bermula. Creatures tuh ganas gila. Nak story panjang, tegok sendiri. Ending nya, Kim jadi korban, dan jadi salah satu dari creatures tuh.


Aku suke budak Sally ni, comel gila. haha ! Sapa yang rase minat citer seram, pegi la tengok. Berbaloi. 1st time semua diam dalam wayang. Tutup mata semua maybe. haha !

Semalam nak main bowling tak dapat, sebab penuh. kat waiting list pun bukan main ramai. Time tuh dah pukul 5, wayang 6:30, tak sempat. Huhu.

Takpe nexttime.

Next month Ombak rindu kuar weyy ! Tak sabar.

Sekian.

0 comment(s):

Post a Comment